CARA NAK DAPATKAN BAHAN DARI EMAIL

>> 21 Mac 2010

Salam,

Kepada semua pembaca blog PPD Tanah Merah yang ingin mendapatkan bahan dari email upappdtm@yahoo.com anda tidak boleh mendapatkan bahan tersebut dari blog ini. Blog ini adalah untuk pengumuman sahaja. Tuan puan mesti ke yahoo mail, sign in dengan alamat email upappdtm@yahoo.com dan gunakan password 9503200 untuk masuk ke email tersebut.
Tuan puan boleh mengambil dan menghantar bahan melalui email ini.

PERINGATAN !

Sila gunakan email ini semata-mata untuk kegunaan profesional sahaja.

Terima kasih.

1 Ulasan:

hanafi 13 Mei 2010 5:43 PG  

FIKIR-ZIKIR
Kita adalah sekata
Hak kita adalah samarata
Kata-kata orang tua jadikanlah petua
Bertambat pada adat
Berikat pada adab
Berpegang pada tiang
Beralang pada galang
Berpaksi pada saksi
Serasi kerana sama berkongsi
Antap sama diangkat
Disukat sama sarat
Ringan sama dipegang
Tegang sepakat regang
Yang digalas jangan dihempas
Yang sekongkol bersama memikul
Yang berhajat sama berhasrat
Yang mengharap sama menggarap
Yang mempunyai boleh ditanyai
Yang bertindak biar bertandak
Yang berpencak jangan berancak
Yang bersila jangan berhela
Yang belunjur jangan terjulur
Yang duduk jangan terlalu tunduk
Jangan terantuk baru membongkok
Mendongak bukan kerana bongkak
Yang subur jangan sampai berkubur
Yang akur biar dengan jujur
Yang lurus biar telus
Yang lekuk jangan berkeluk
Kaji dahulu sebelum dikeji
Layaklah dipuji setelah diuji
Yang seia biar setia
Yang nyata bukan hanya dilihat mata
Yang berkata jangan berdusta
Yang bercakap jangan tergagap
Yang berkokok jangan sampai terbatuk
Yang tahu hendaklah bertingkah mahu
Yang pandai bijaklah mengandai
Yang arif bijaklah mentakrif
Yang bodoh jangan diseloroh
Yang berharta janganlah meta
Yang ada jangan mengada-ada
Yang tiada jangan dipersenda
Yang berpangkat jangan selalu menyakat

Yang cerdas jangan menindas
Yang keji jangan diulang kaji
Yang murid jangan karik
Yang guru contoh ditiru
Yang kilaf sama memaaf
Yang benar maupun salah sama beralah
Jangan rakus jangan angkuh
Kerana kita percaya sepanjang mana usia
Pasti maut datang menjemput
Mencakna seharusnya dengan bijaksana Mengumpama dengan saksama
Setiap keputusan jangan ada perbahasan
Setiap hukuman dengan pertimbangan
Tidur jangan sampai berdengkur
Berselimut jangan sampai litup
sebaiknya berpada dengan seada
Bersamalah dalam kerjasama
Bersatu sama membantu
Berpayung sama menjunjung
Kepada masyarakat jangan bersakat
Kepada sahabat jangan disebat
Kepada rakan jangan menikam
Kepada ketua jangan diadu domba
Biar teruja menjalankan kerja
Jika cuai banyak yang terabai
Sebagai asas menjalankan tugas
Jadikan saf tempat teratas
Sejernih gelas bayangan ikhlas
Amanah wadah dipikul digalas
Visi bertunas misi biar selaras
Tuju arah bermatlamat jelas
Ikut panduan jangan berwas-was
Kreatif inovatif cergas dan bernas
Halangan direntas robohkan batas
Jangan berlewa banyak beralas
Bermutu dan tegas khidmat berbekas
Singkirlah dawas dan sifat malas
Hindarkan emosi gunakan waras
Usah berangan di jalan pintas
Jangan hanya minta dibalas
Sumpah janji harus dilunas
Tagih tuntut wajib dituntas
Profesionalisme harus mencapai aras
SELAMAT HARI GURU
DADPI ( SK Ulu Kusial, Tanah Merah ) 110510

TETAMU

Live traffic feed Live traffic map

PENGUNJUNG

JEJAK TETAMU

KOMUNITI PPDTM

  © PPD Tanah Merah Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008*Sesuai dipaparkan dengan IE, Firefox dan Chrome.-azo*

Back to TOP